Sunday, September 6, 2009

C You aFteR koNvo

Santun pekertimu
Dan lembut tutur katamu
Menarik minatku
Untukku mendekatimu

serangkap SMS ku tulis
Menyatakan harapan
Walaupun ku kebimbangan
Kau berbeza pandangan
Namun ku tetap menanti jawapan

Alangkah riangnya di hatiku
Luahan hasratku mendapat perhatian
Ku terima balasan darimu
Kau jua menyimpan perasaan

SMS mu memberi kepastian
Hanya kejayaan menentu pertemuan
Setiap kali di akhir katamu
Kau selalu tulis See You after koNvo

parent selalu mengingatkan
Kita dilarang berkasihan
Ketika masih di alam pembelajaran

Bangkit semangat keazaman
Memburu cita dan impian
Biar terpaksa rahsiakan hubungan

Dengan segala kesungguhan
Ku timba ilmu pelajaran
Tinggal SMS mu menjadi kenangan

Betapa syukurnya di hatiku
Segala impian menjadi kenyataan
Terpancarlah cahaya gemilang
Kini kejayaan di genggaman

Andai kau kembali ku temui
Akan ku menuntut kata-kata dan janji
Kerna diriku masih mengingati
Kau selalu tulis See You after koNvo

bUaTmU iNa'

Ina' bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ina'

Ina' kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku

Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasihanilah Tuhan ina' yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ina' sewaktu kecilku
Moga bahgia ina' di dunia dan di akhirat sana...

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ina'... dengarlah rintih hatiku untukmu ina'

haRapaN iNsaN beRnaMa leLaKi

Bagaikan permata di celahan kaca
Kerdipnya sukar tuk dibezakan
Kepada Mu Tuhan ku pasrah harapan
Moga tak tersalah pilihan

Nur kasih Mu mendamai di kalbu
Jernih setulus tadahan doaku
Rahmati daku dan permintaanku
Untuk bertemu di dalam restu

Kurniakan daku serikandi
Penyejuk di mata penawar di hati
Di dunia dialah penyeri
Di syurga menanti dia bidadari

Kekasih sejati teman yang berbudi
Kasihnya bukan keterpaksaan
Bukan jua kerana keduniaan
Mekar hidup disiram nur kasih

Ya Allah kurniakanlah kami isteri
Dan anak yang soleh
Sebagai penyejuk mata

Mekar hidup ini disirami nur kasih

Di tangan-Mu Tuhanku sandar impian
Penentu jodoh pertemuan
Seandai dirinya tercipta untukku
Rela ku menjadi miliknya

aDa Apa Dgn CiNta??

To love someone is nothing,
To be loved by someone is something,
To be loved by somenone you love is exciting,
But to be loved by ALLAH is EVERYTHING...

LeLaKi,maNA 1 jEnis KaU

3 jenis LELAKI

"Ada tiga jenis lelaki:
lelaki sempurna,
lelaki bersifat separuh lelaki dan
lelaki tidak bersifat lelaki.

LELAKI SEMPURNA ialah lelaki yang disempurnakan
oleh Allah agama dan akalnya.
Apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia sentiasa meminta pandangan daripada orang2
yang mempunyai pandangan memyebabkan
dia sentiasa membuat keputusan yang tepat.

LELAKI BERSIFAT SEPARUH LELAKI pula ialah lelaki
yang tidak disempurnakan oleh Allah agama dan akalnya,
apabila dia ingin membuat sesuatu keputusan,
dia tidak meminta pandangan daripada sesiapa pun.
Sebaliknya dia berkata;
'Sesiapa sahaja aku boleh mengikuti
dan menggunakan pandangannya mengikut kesesuaian,
'menyebabkan kadangkala dia membuat keputusan yang salah.

LELAKI TIDAK BERSIFAT LELAKI pula ialah
lelaki yang tidak mempunyai agama dan akal fikiran sedikit pun
menyebabkan dia sentiasa membuat tindakan yang silap.

Sesungguhnya aku akan meminta pandangan
daripada sesiapa sahaja tentang sesuatu
perkara walaupun daripada pembantuku."

- Amru al-As.

caNtiKnya WaNiTa

Cantiknya WANITA

This one's for the ladies.........

Allah berfirman:

"Ketika Aku menciptakan seorang wanita,
ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa.
Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia;
namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan."

"Aku memberikannya kekuatan dari dalam
untuk mampu melahirkan anak dan
menerima penolakan yang seringkali
datang dari anak-anaknya."

"Aku memberinya kekerasan
untuk membuatnya tetap tegar
ketika orang-orang lain menyerah,
dan mengasuh keluarganya dengan
penderitaan dan kelelahan
tanpa mengeluh."

"Aku memberinya kepekaan
untuk mencintai anak-anaknya
dalam setiap keadaan,
bahkan ketika anaknya
bersikap sangat menyakiti hatinya."

"Aku memberinya kekuatan
untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya
dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya
untuk melindungi hatinya."

"Aku memberinya kebijaksanaan
untuk mengetahui bahawa seorang suami
yang baik takkan pernah menyakiti isterinya,
tetapi kadang menguji kekuatannya
dan ketetapan hatinya untuk berada
disisi suaminya tanpa ragu-ragu."

"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata
untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya
untuk digunakan ketika ia diperlukan."

"Kecantikan seorang wanita bukanlah
dari pakaian yang dikenakannya,
susuk yang ia tampilkan,
atau bagaimana ia menyisir rambutnya.
Kecantikan seorang wanita harus dilihat
dari matanya, kerana itulah pintu hatinya,
tempat dimana
cinta itu ada."

meMoiR anaK SemPuRna


HiDup KEtuA(aRbi)..huhu

fUtSAL Tok AnAk2 sunquick

Jay N ak

time di gUNung sTong

kami kena marah,
2 yg muka HEPI je sume..kih3

almk,ak lom ready ar...

TensyEn lak,cm pe gk uniForm ni..

ats bas PN kene wt keje lg.mane PA ak ni??

seksa?sekse?seksi?aip....

ngn membe D nlm puri(1 ktika dahulu la)

mne g sume org??

MU player..hehe(bju MU hilang,2 yg pkai bju ni je)

mka b'chaya,effect slalu wt ibadh..

nk wt comei...

ad awek tpi ak?penjaga batu ni kot..huhu